Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemuda BN Sabah Tetap Bersatu – Ketua Pemuda BN Sabah

pemudaBN

KOTA KINABALU:  Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah terus bersatu walaupun ada perbezaan pendapat dalam kalangan anggota part-parti komponen berikutan penubuhan barisan bersatu oleh sayap pemuda parti berteraskan Kadazandusun Murut (KDM) di Sabah.

Ketuanya Yamani Hafez Musa berkata adalah perkara biasa jika wujud perbezaan pendapat dan pendekatan dari semasa ke semasa tetapi “persoalan tentang kesetiaan kami kepada pemimpin dan objektif BN tidak timbul”, kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Jumaat.

 

“Walau apapun perbezaan, kami sentiasa dapat duduk bersama dan mencari penyelesaian secara baik terhadap isu-isu yang perlu ditangani. Yakinlah kami akan mendukung perjuangan rakyat Sabah,” kata Yamani Hafez, yang juga Ketua Pemuda Umno Sipitang.

Namun begitu, beliau menegaskan perwakilan BN Sabah mewakili semua kumpulan masyarakat kerana gabungan itu percaya kepada konsep perpaduan dalam kepelbagaian untuk memacu negeri ini ke arah landasan yang betul.

Baru-baru ini, sayap pemuda parti komponen BN Sabah iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) dan Parti Bersatu Rakyat SDabah (PBRS) membentuk “barisan bersatu” di Keningau yang disalah anggap oleh sesetengah sebagai penduaan kepada Pemuda BN Sabah.

Komen


Berita Berkaitan