Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemuda BN gempur Labuan habis-habisan

LABUAN 27 April : Briged Gempur Pemuda Barisan Nasional (BN) akan menggempur seluruh kawasan Labuan habis – habisan pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14).

Menurut Pengerusi BN Labuan, Datuk Rozman Isli, Briged Gempur Pemuda BN akan membantu gerak kerja pada PRU-14 seperti menyampaikan manifesto BN yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat kepada penduduk Labuan terutamanya kepada 28 ribu pengundi di sini.

” Sokongan anak muda ini melambangkan kekuatan BN di Labuan bukan sahaja pada masa ini tetapi selama-lamanya sebagai penyambung perjuangan BN.

” Lebih penting perjuangan mereka sangat besar dan tidak ternilai dengan wang ringgit,”katanya.

Jelasnya lagi, BN tetap akan bekerja keras untuk memastikan Labuan kekal menjadi kubu kuat BN.

” Walaupun berpeluang besar untuk menang, tetapi kita tetap bekerja keras untuk pastikan Labuan terus jadi kubu kuat BN sekaligus memperoleh kepercayaan dan perpaduan rakyat bagi memudahkan kerja selepas PRU.

” Kemenangan BN akan membawa Labuan ke peringkat lebih tinggi dan rakyat akan mendapat manfaatnya,” katanya.

Rozman turut berkata, manifesto BN Labuan bakal menjadi senjata utama bagi menarik sokongan pengundi memilih BN.

” Manifesto ini sangat komprehensif dan akan membuat rakyat yakin dengan BN, mentransformasikan Labuan serta menyebabkan lonjakan berganda dalam aspek sosioekonomi,” katanya semasa merasmikan Jentera Pemuda BN Labuan, malam tadi.

Majlis pelancaran yang dihadiri kira-kira 800 ahli Briged Gempur Pemuda BN Labuan itu turut dihadiri Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labuan merangkap Pengarah Jentera PRU-14 Senator Datuk Bashir Alias, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Wilayah Persekutuan Dato’ Zurainah Musa, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Labuan, Datuk Mohd Raffi Ali Hassan dan kepimpinan parti komponen BN Labuan. / – PENERANGAN LABUAN

Rozman bersama – sama seluruh jentera Pemuda BN Labuan bergambar kenangan.

Komen


Berita Berkaitan