Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemohon PPR perlu patuhi syarat

PPR
PPR

KOTA KINABALU – Pendaftaran untuk permohonan bagi menduduki Program Perumahan Rakyat (PPR) yang dibina kerajaan terbuka kepada semua warganegara di negeri ini.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Zakaria Edris berkata, terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipatuhi oleh pemohon sebagai mana ditetapkan oleh pihak berwajib.

“Syarat dan kelayakan untuk menduduki PPR (disewa) ialah, setinggan tempatan, warganegara Malaysia, ibu tunggal, ketua isi rumah berpendapatan rendah yang tidak mempunyai rumah, orang kurang upaya (OKU) dan mangsa bencana alam (tertakluk kepada kekosongan),” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Jeremy Malajad (Bebas-Kadamaian) yang bertanyakan kriteria dan syarat bagi rakyat mendapatkan rumah di bawah skim PPR.

Program PPR merupakan projek Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan