Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Peminta sedekah Pala’u agresif bimbangkan penduduk Lahad Datu

Gambar Ihsan Pembaca

 

LAHAD DATU, 20 Ogos – Mengetuk cermin kereta dan bersandar ketika kereta bergerak perlahan merupakan antara tindakan agresif kanak-kanak Pala’u ketika meminta sedekah di Lahad Datu.

Tinjauan Bernama, antara lokasi tumpuan peminta sedekah cilik berumur antara lima ke 12 tahun itu adalah termasuk di lampu isyarat Bandar Sri Perdana di sini.

Rata-rata penduduk Lahad Datu yang ditemui melahirkan rasa kurang senang dengan tindakan agresif  golongan itu serta bimbang sekiranya berlaku kemalangan.

Maklumat dari facebook Lahad Datu Info menyebut bahawa Pala’u dikategorikan sebagai  kumpulan manusia ‘nomad laut’ yang hidup dalam perahu dan masih mengamalkan cara hidup  berpindah randah dan sehingga kini status kerakyatan mereka sama ada rakyat Malaysia atau Filipina masih kabur.

Seorang penduduk, Aris Abbas, 43, berkata kanak-kanak ini bertindak agresif jika tidak diberikan sedekah dengan berdiri dan bersandar di hadapan kereta apabila lampu isyarat bertukar hijau.

“Mereka seolah menghalang kenderaan untuk bergerak, selain jika tidak diberikan sedekah mereka bertindak mencalarkan kereta,” katanya kepada Bernama.

Bagi Nazrina Hashim, 26, turut senada mengenai perkara itu dan melahirkan rasa takut untuk memandu dan berhenti di lampu isyarat kerana pernah didatangi sekumpulan kanak-kanak Pala’u mengetuk cermin kereta meminta sedekah.

“Kita juga khuatir kalau terlanggar kanak-kanak ini tetapi mereka begitu berani dan tidak takut walaupun ditegur,” katanya.

Dalam pada itu, Labai Lasidi, 25, mengesyaki tindakan pengemis itu didalangi sindiket yang mempergunakan kanak-kanak Pala’u sebagai pengemis jalan.

“Saya ada terlihat, setiap pagi ada kereta yang menghantar kanak-kanak Pala’u ini ke lampu isyarat Perdana dan kemungkinan golongan ini dimanfaatkan pihak tertentu untuk mengaut keuntungan,” katanya dan  berharap pergerakan Pala’u ini  di pantau pasukan keselamatan serta pihak berkuasa tempatan.

Dalam tinjauan Bernama juga mendapati ada beberapa wanita Pala’u  yang mengendong  bay  bagi menimbulkan rasa simpati orang ramai ketika  meminta sedekah di lampu isyarat.

Semalam, status dan gambar dimuatnaik pengguna Facebook Afiz Huzairi Ayub mengenai peminta sedekah Pala’u di Lahad Datu  tular dengan lebih 1,000 perkongsian dan komen.

Afiz dalam statusnya berkata satu aduan dibuat kepada Majlis Daerah Lahad Datu mengenai kegiatan peminta sedekah di lampu isyarat di sini dan berharap pihak berwajib mengambil tindakan kerana perkara itu bukan isu baharu sebaliknya sudah lama.

Sementara itu, Rohani Suardi, 27, yang  berpandangan mencadangkan  kerajaan negeri bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan seperti Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dalam  menangani masalah kebanjiran Pala’u di kawasan pantai timur Sabah.

“Kerjasama ini adalah bagi  mengenalpasti identiti mereka   selain  membantu  komuniti Pala’u ini dari aspek pendidikan dan sektor pekerjaan,” katanya lagi.

–BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan