Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,711

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Peminat Kritik Stacy AF Sambut Krismas?

10:38pm 22/12/2015 Pak Roshan 22539 views Hiburan,Mutakhir

Peminat-Kritk-Stacy-AF-Sambut-Krismas-ROTIKAYA-700x388

Pemahaman agama setiap manusia adalah berbeza dan perkara ini dilihat memerlukan penjelasan ahli agama yang lebih arif. Baru-baru ini, melalui satu video keraian Krismas yang dimuatnaikStacy AF di Instagram, perkara tersebut menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan peminat.

Peminat-Kritk-Stacy-AF-Sambut-Krismas-in

Apa yang dikesalkan, ramai juga yang lebih suka bertindak menjadi Tuhan dalam meletakkan dosa dan pahala individu lain sedangkan segala perkara ada penjelasan dan ruang untuk pertanyaan.

Malah melalui beberapa komen di laman sosial tersebut turut menerangkan bahawa apa yang dilakukan Stacy adalah bagi menghormati keluarganya yang beragama Kristian malah perkara tersebut sudah menjadi kebiasaan penduduk di Sabah.

Apa pun, Stacy pastinya mempunyai penjelasannya sendiri dalam perkara ini. Kesal sungguh melihat ‘tuhan-tuhan’ di laman sosial membahaskan kredibiliti iman manusia lain. Di laman sosial bolehlah bersembang kencang, dalam kehidupan realiti, entah-entah tunggang langgang. Heh.

sumber : RotiKaya

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan