Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemimpin veteran diminta henti kritik dasar kerajaan

KOTA KINABALU – Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussin menyeru para pemimpin veteran agar berhenti mengkritik dasar kerajaan, tetapi sebaliknya bersama-sama membantu membangunkan negara ini ke arah lebih maju.

“Pemimpin terdahulu harus sedar bahawa corak pemerintahan kerajaan pada hari ini adalah hasil didikan ketika di zaman mereka berkuasa suatu ketika dulu,” katanya kepada media semasa melawat dan meninjau pembangunan Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Sepanggar dekat sini semalam.

Katanya, pertelingkahan antara pemimpin terdahulu dengan sekarang, boleh diselesaikan melalui perbincangan empat mata dan bukan menjadikan media sebagai alat untuk menyerang antara satu sama lain.

Hishammuddin berkata, dasar pembangunan yang dilaksanakan kerajaan pada hari ini adalah termasuk keputusan yang pernah dibuat oleh pemimpin terdahulu.

“Takkan sebab mereka tidak lagi menjadi pemimpin rakyat, mereka mahu timbulkan masalah dengan mengkritik segala keputusan dan dasar yang dibuat kerajaan termasuk isu pembelian kapal selam KD Tunku Abdul Rahman,” katanya.

“Mengkritik dasar kerajaan mempunyai had dan batasan tertentu.. Jangan sampai marahkan nyamuk, kelambu kita bakar,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menolak cadangan untuk dijadikan sebagai orang tengah bagi mencari penyelasaian masalah tersebut.

“Siapalah saya untuk menasihatkan orang lama yang telahpun mendidik sehingga saya menjadi Naib Presiden par,” tambah beliau.

Sementara itu Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, sistem pertahanan udara berteknologi tinggi akan dibangunkan di Pengkalan TLDM Kota Kinabalu bagi meningkatkan lagi sistem pertahanan negara terutama dalam menjaga kedaulatan perairan di Laut China Selatan dan Laut Sulu.

Menurutnya, kajian terperinci berkaitan sistem itu akan dibuat TLDM.

Terdahulu, Hishammuddin turut melawat kapal selam KD Tunku Abdul Rahman yang kini sedang dalam proses penyelenggaraan.

Status pelaksanaan projek berkenaan kini pada tahap 12 peratus mengikut jadual ditetapkan dan pembinaan infrastruktur itu merangkumi tiga buah workshop untuk kerja-kerja penyelenggaraan peralatan kapal selam dan penyimpanan.

“Bagi memastikan kedua-dua kapal selam ini dapat beroperasi sehingga tempoh maksimum (35 tahun),kerajaan dengan kerjasama Boustead DCNS Naval Corporation Sdn. Bhd. melaksanakan penyelenggaraan secara berkala,” katanya. – oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

KAPAL SELAM… Hishammuddin semasa melawat kapal selam KD Tunku Abdul Rahman di Pengkalan TLDM, Sepanggar. - foto Alex Ndok / sayangsabah
KAPAL SELAM… Hishammuddin semasa melawat kapal selam KD Tunku Abdul Rahman di Pengkalan TLDM, Sepanggar. – foto Alex Ndok / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan