Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemimpin Tempatan Bertanggungjawab Jika Berlaku Kematian Akibat JE

JE

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pemimpin tempatan mesti bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya terdapat kes kematian akibat virus Ensefalitis Jepun (JE) di negeri itu.

Ini kerana, katanya, terdapat pemimpin tempatan yang cuba menghasut penduduk agar terus melakukan aktiviti penternakan babi di sekitar Bukit Pelanduk, mahu pun daerah lain di negeri ini secara haram.

“Terdapat beberapa individu di Bukit Pelanduk yang cuba melakukan penternakan babi secara haram, namun pihak berkuasa telah pun mengambil tindakan dengan merobohkan ladang ternakan mereka.

“Jadi, saya menasihatkan kepada pemimpin tempatan agar tidak menghasut penduduk supaya mengingkari larangan kerajaan.

“Kita tidak mahu kejadian lama berulang kembali, di mana pada ketika itu ramai penduduk sekitar meninggal dunia akibat JE di Bukit Pelanduk,” katanya pada sidang media di sini, pada Rabu.

Ratusan penduduk di kawasan itu dilaporkan terkorban dalam wabak yang berlaku pada 1998.

Berikutan itu, Kerajaan Negeri melarang penternakan babi di situ.

Bagaimana pun, kerajaan negeri bersetuju membenarkan pengusaha ladang ternakan babi di Air Kuning, Gemencheh meneruskan operasi tetapi dengan bersyarat di mana pengusaha ladang ternakan terbabit perlu sentiasa memastikan air kumbahan tidak menjadi punca pencemaran air dan bau di kawasan sekitar.

Mereka (pengusaha ladang) juga hanya dibenarkan menternak dalam kuantiti kurang daripada 1,000 ekor.

Komen


Berita Berkaitan