Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemimpin Sayap Umno Diminta Tingkat Pengetahuan IT

rahim ismail

PAPAR– Barisan kepimpinan sayap parti Umno khususnya Bahagian Papar diminta meningkatkan pengetahuan dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) bagi menangkis sebarang bentuk tohmahan dan dakyah terhadap parti.

Ketua Bahagian Umno Papar Datuk Abdul Rahim Ismail berkata, ini berikutan terdapat banyak penyalahgunaan dan penyebaran maklumat tidak tepat yang mengelirukan rakyat dalam laman sosial seperti Facebook, Twitter mahupun Instragram.

“Usaha itu juga perlu bagi memastikan keharmonian dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita dan Puteri Umno Papar di sini, Jumaat malam.

Yang turut hadir, anggota Parlimen Papar Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang Datuk Ghulam Khan Bahadar.

Abdul Rahim berkata pergerakan Pemuda dan Puteri juga perlu mencontohi kebijaksanaan dan kesabaran pucuk pimpinan parti dalam mengendalikan isu politik dan negara bagi memastikan kelangsungan Umno sebagai parti utama di negara ini.

Menurutnya, setiap anggota parti juga perlu mempunyai ketahanan diri yang kuat terutama ketika berhadapan pelbagai situasi agar setiap isu yang timbul dapat diselesaikan dengan bijaksana.

Terdahulu, beliau meminta barisan kepimpinan dan anggota sayap parti khususnya Pemuda dan Puteri terus mempergiatkan program mendekati golongan muda untuk mendaftar sebagai anggota Umno.

 

Komen


Berita Berkaitan