Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemimpin rakyat jangan buang masa

Bobbey Suan menebuk buluh yang berisi air yang disebut “tutuluk” sebelum naik ke Rumah Kebudayaan. - foto Kalawon Sawing
Bobbey Suan menebuk buluh yang berisi air yang disebut “tutuluk” sebelum naik ke Rumah Kebudayaan. – foto Kalawon Sawing

NABAWAN – Kerajaan tidak membuang masa dengan merancang perkara-perkara tidak berfaedah kepada rakyat seperti yang dilakukan oleh pembangkang apabila hanya mampu memberikan janji bak `menanam tebu di tepi bibir’.

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Datuk Bobbey Suan berkata, kerajaan lebih memfokuskan terhadap rancangan pembangunan dan tidak membuang masa dengan hal yang merugikan rakyat.

“Kerajaan tidak melakukan perkara tidak berfaedah kepada rakyat, justeru maka pemimpin-pemimpin seharusnya tidak membuang masa dengan kerja-kerja tidak memberi manfaat kepada diri sendiri dan masyarakat,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin dan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Mukim Sepulut Gabungan Lapan KRT di Balai Budaya Kampung Tonomon, dekat sini semalam.

Bobbey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan berkata, kerajaan telah membuat perancangan dan pelan pembangunan secara berperingkat-peringkat untuk pembangunan rakyat. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan