Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,504

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pemimpin Perlu Sentiasa Turun Padang – Ketua Umno Kalabakan

10:58pm 07/06/2014 Pak Roshan 27 views Politik

ghapur

TAWAU: Ketua Umno Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh meminta pemimpin di kawasannya agar sentiasa turun padang dan mengadakan majlis bersama rakyat bagi mengeratkan hubungan kedua-dua pihak.

“Apabila ada hubungan baik antara rakyat dan pemimpin, secara tidak langsung dapat membantu pemimpin di sesuatu kawasan mengenal pasti masalah masyarakat setempat,” katanya ketika merasmikan program Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Wanita Umno Kalabakan di Merotai, dekat sini, Sabtu.

Abdul Ghapur yang juga Anggota Parlimen Kalabakan, berkata selain itu penganjuran program seumpama juga membolehkan pemimpin untuk terus berkenalan dengan akar umbi.

Beliau turut memuji usaha yang dibuat oleh Wanita Umno Kalabakan itu.

“Sebelum ini mereka telah melakukan program di beberapa tempat termasuk di Pulau Sebatik dan saya harap mereka terus menganjurkan program seperti ini,” kata Abdul Ghapur.

Program itu dihadiri oleh lebih 200 penduduk di kawasan berkenaan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan