Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pemimpin pakai baju nanas

12:03pm 18/11/2015 Pak Roshan 26 views Global
CABRAL menunjukkan barong rekaannya untuk pemimpin APEC.

CABRAL menunjukkan barong rekaannya untuk pemimpin APEC.

Manila: Kemeja tradisional Filipina dikenali sebagai barong diperbuat daripada serat nanas mengikut saiz badan dan postur setiap pemimpin yang menghadiri sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Pereka fesyen terkenal Filipina Paul Cabral berkata, dia mengambil masa empat bulan untuk mereka baju barong bagi setiap 21 pemimpin, malah setiap pasang disulam dengan simbol negara masing-masing.

Kemeja yang sedikit jarang itu akan dipakai pada pembukaan persidangan berkenaan hari ini di Manila.

Cabral yakin rekaannya itu mampu mengubah persepsi mengenai pakaian rasmi digunakan pemimpin APEC, malah dia turut mengutamakan keselesaan apabila mencampurkan serat nanas dengan sutera supaya lebih sedap dipakai.

“Persidangan inilah cara terbaik mempamerkan barong dan bakat orang Filipina. Seluruh dunia melihat acara itu.

“Saya meneliti postur setiap pemimpin dan membuat kemeja yang sesuai dengan susuk tubuh selain menceritakan sedikit mengenai negara mereka,” katanya.

Contohnya, katanya, baju dipakai Presiden China, Xi Jinping memaparkan pokok buluh yang rimbun, manakala Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak mengenakan baju dengan sulaman perisai digunakan pahlawan Sarawak.

‘Barong tagalog’ adalah pakaian penting bagi setiap lelaki Filipina yang digunakan ketika majlis perkahwinan, malah menjadi baju dipakaikan pada mayat ketika pengebumiannya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan