Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,499

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pemimpin masyarakat perlu siap sedia hadapi pilihanraya- Samsudin

1:59pm 15/05/2017 Elezebeth Esther Onjining 128 views Politik,Sandakan,Tempatan

Siap sedia….. Samsudin juga turut mengetuai Konvoi bermotosikal menyerahkan bendera BN kepada para pemimpin masyarakat kampung.

SANDAKAN: Pemimpin masyarakat di daerah Sekong diminta bersiap sedia menghadapi bagi pilihan raya yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Samsudin Yahya berkata, mereka sewajarnya membuat persiapan rapi supaya boleh menggerakan jentera pilihan raya pada bila-bila masa yang diperlukan oleh parti.

Katanya, apa yang penting ialah para pemimpin masyarakat terus mendekati rakyat terutama dalam menangani isu-isu semasa supaya tidak ada pihak yang berasa terpinggir.

“Kita meminta anggota parti khususnya pemimpin masyarakat bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya supaya jentera dapat digerakkan pada bila-bila masa jika diperlukan.

“Pada masa yang sama, teruskan kerja-kerja kemasyarakatan yang dilakukan sebelum ini kerana kita bekerja untuk rakyat sepanjang masa dan bukannya hanya pada musim pilihan raya,” katanya semasa melancarkan Konvoi Penyerahan Bendera Barisan Nasional Sempena Program Sayang Sabah Parlimen Batu Sapi.

Menurut Samsudin, para pemimpin masyarakat perlu bekerja keras dalam memastikan bahawa Barisan Nasional (BN) terus menjadi pilihan terbaik rakyat.

“Kita mempunyai trek rekod yang cemerlang dalam membela nasib rakyat dan membawa pembangunan berbanding dengan pembangkang yang pandai menabur janji tetapi langsung tidak mempeduli keadaan rakyat.

“Malah selama ini, BN tidak sekadar berjanji tetapi terbukti kita menepati janji-janji tersebut,” ujar beliau.

Tambah beliau, suatu yang perlu ditonjolkan oleh pemimpin masyarakat ialah bekerja dengan ikhlas, jujur dan penuh kesungguhan supaya mereka memahami iltizam dan matlamat parti.

“Apabila kita ikhlas dalam menunaikan tanggungjawab secara tidak langsung dapat memberi gambaran kepada masyarakat bahawa kita sentiasa berusaha memperbaiki nasib rakyat.

“Kita faham masih kelemahan yang ada dan perlu diperbaiki kerana tidak mungkin kita boleh menyelesaikan masalah dalam sekelip mata, namun kesungguhan dan komitmen kita yang paling penting,” tambah beliau.

Beliau turut menasihati pemimpin masyarakat supaya membuang sifat-sifat lempar batu sembunyi tangan kerana boleh merosakkan dan menjejaskan imej parti selain menjadi tali barut kepada pembangkang.

Dalam majlis berlainan beliau turut melancarkan Program Sayang Sabah di Kampung Karamunting Baharu, Sandakan kelmarin.

Di Kampung Karamunting Baharu, Samsudin yang juga Ketua UMNO bahagian Batu Sapi telah menyampaikan bantuan sumbangan berupa keperluan dapur kepada 50 orang penerima yang tersenarai.

Sementara itu, Ketua Bahagian LDP Karamunting Lim Kai Min turut menyampaikan sumbangan berupa 7 buah tongkat kaki empat dan sebuah kerusi roda kepada 8 orang warga emas di  Kg Karamunting.

Samsudin turut mengetuai Konvoi bermotosikal dan mengunjungi beberapa buah kampung sekitar Parlimen Batu Sapi dengan menyerahkan bendera BN kepada para pemimpin masyarakat kampung.

Sebanyak 151 buah motosikal telah menyertai Program ini, dengan melibatkan belia-belia dengan kerjasama daripada Kelab Permotoran Daerah Sandakan.

Hadir sama Ketua Bahagian LDP Karamunting Lim Kai Min, Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi, Haji Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan, Ketua Puteri UMNo Batu Sapi, Hazulizah Md Dani, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dun Sekong, Zantapaha Zainal Abidin, Pengerusi Ibu Tunggal Daerah Sandakan, Jamayah Sapawi, ahli-ahli jawatankuasa UMNO bahagian Batu Sapi serta pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Batu Sapi. -SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan