Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemimpin masyarakat penyampai dasar Kerajaan

 Bobbey menyampaikan watikah pelantikan kepada Pengerusi JKKK Kg. Murni B, Justin Lambirong
Bobbey menyampaikan watikah pelantikan kepada Pengerusi JKKK Kg. Murni B, Justin Lambirong

NABAWAN: Pemmpin-pemimpin masyarakat diperingkat akar umbi termasuk pemimpin-pemimpin badan-badan keagamaan seharusnya memainkan peranan sebagai penyampai dasar-dasar kerajaan dan memberi kefahaman kepada rakyat dibawah jagaan masing-masing berhubung isu-isu semasa.

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur  Datuk Bobbey A. Suan berkata, setiap lapisan pemimpin diperingkat akar umbi perlu memberi penjelasan kepada rakyat mengenai isu-isu semasa yang berlaku di negara ini seperti  kelembaban ekonomi, kejatuhan mata wang ringgit, kenaikan harga barang dan sebagainya,

Katanya, isu-isu yang berlaku dalam negara yang turut dialami negeri  bukan sahaja dirasai oleh rakyat di negara ini tetapi ia adalah isu global yang turut dirasai oleh negara-negara lain di dunia ini.

“Justeru itu pemimpin-pemimpin masyarakat diperingkat akar umbi seperti Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Ketua Kampung, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan mana-mana badan kepimpinan diperingkat kampung perlu memainkan peranan memberi penjelasan dan kefahaman kepada rakyat keadaan yang sebenar” katanya semasa menyampaikan amanat kepada ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin akar umbi pada Majlis Amanat Yang Berhormat Datuk Bobbey A. Suan Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.38 Nabawan di Dewan Serbaguna di sini pada Khamis

Bobbey yang juga ADUN Nabawan berkata, pemimpin-pemimpin masyarakat perlu mempertahankan dasar-dasar kerajaan dan memberikan kefahaman kepada rakyat mengenai sistem-sistem yang diamalkan oleh kerajaan dalam melaksanakan sesuatu projek pembangunan serta saluran-saluran yang betul kerana setiap program yang dirancang oleh kerajaan ada sistem yang perlu dipatuhi yang dikendalikan oleh jabatan dan agensi yang berkaitan.- Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan