Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pemimpin masyarakat penggerak minda rakyat

5:50pm 19/07/2016 Leolerry Lajius 61 views Tempatan
Hamisa menziarahi Ketua Kampung Mahmud Bacho yang kurang sihat fi Kampung Merotai, Tawau.

Hamisa menziarahi Ketua Kampung Mahmud Bacho yang kurang sihat di Kampung Merotai, Tawau.

Tawau : Semua pemimpin masyarakat di daerah ini perlu bersikap proaktif dalam merangka dan melaksanakan pelbagai program pembangunan di kawasan masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat berkata, ini kerana kejayaan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan itu bergantung kepada peranan serta keupayaan pemimpin masyarakat.

“Pemimpin masyarakat adalah nadi penggerak kerajaan di peringkat akar umbi. Kegagalan pemimpin masyarakat memainkan peranan sebagai agen kerajaan akan menyebabkan kawasan mereka akan ketinggalan daripada arus pembangunan.

“Untuk mencapai hasrat itu, saya menggesa pemimpin masyarakat peringkat akar umbi dan rakyat membantu kerajaan dalam usaha pembangunan di peringkat kampung dan mukim. Mereka ini adalah agen kepada kerajaan dan bertindak sebagai telinga dan mata kerajaan. Tanggungjawab ini mesti dilaksanakan sepenuhnya mengikut kebijaksanaan masing-masing,”katanya.

Amisah bersama guru-guru pada Majlis Hari Raya SK Merotai.

Amisah bersama guru-guru pada Majlis Hari Raya SK Merotai.

Beliau berkata demikian selepas menziarahi Ketua Kampung Mahmud Bacho yang kurang sihat di Kampung Merotai, Tawau baru-baru ini.

 

Terdahulu Hamisa yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat turut menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Pengarah Kastam Negeri Sabah. anjuran Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Tawau dan Majlis Raya Sekolah Kebangsaan Merotai Kecil./SayangSabah

Amisah (tengah) ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Pengarah Kastam Negeri Sabah. anjuran Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Tawau

Amisah (tengah) ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Pengarah Kastam Negeri Sabah. anjuran Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Tawau

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan