Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,793

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pemimpin masyarakat diseru agar sentiasa turun padang

7:39pm 28/04/2016 Leolerry Lajius 19 views Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
Musa (tengah) mengambil gambar bersama pemimpin-pemimpin masyarakat ketika majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Musa (tengah) mengambil gambar bersama pemimpin-pemimpin masyarakat ketika majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Pemimpin masyarakat yang menjadi mata, lidah dan telinga kerajaan diseru agar sentiasa turun padang dan mendengar setiap permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.

Menurut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, menjadi tanggungjawab sebagai pemimpin masyarakat untuk membantu dan menyampaikan serta memberi penerangan kepada rakyat mengenai dasar-dasar kerajaan.

“ Setiap pemimpin masyarakat harus sentiasa bekerja dengan objektif dan mempunyai matlamat serta sasaran yang jelas untuk mencapai matlamat kerajaan bagi membentuk kesejahteraan rakyat dan jangan lupa peranan penting kita untuk memastikan kekuatan dan keutuhan kepercayaan rakyat kepada kerajaan,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena majlis perhimpunan Ketua Menteri Sabah bersama Pemimpin Masyarakat Zon Pantai Barat di sini, hari ini.

Musa turut menyeru setiap pemimpin masyarakat agar saling bekerjasama antara satu sama dengan yang lain dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing.

“Kita harus sentiasa bekerjasama antara satu sama dengan yang lain agar apabila rakyat melihat jalinan kerjasama yang kita bina, ia akan menjadi satu cerminan positif rakyat mengenai kita sebagai pemimpin.”

“Jika timbul masalah atau konflik ia haruslah diselesaikan dengan cara yang baik dengan duduk berbincang bersama-sama kerana tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan,”katanya.

Tambah beliau, kerajaan Barisan Nasional terbukti sebagai kerajaan yang terbaik berdasarkan rekod sepanjang pemerintahannya yang telah mencapai pelbagai kejayaan.

“Kita tidak perlu ragu-ragu untuk memberi penjelasan kepada rakyat mengapa harus menyokong kerajaan kerana kita telah mencapai pelbagai kejayaan sepanjang memerintah negara ini,”katanya-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Datuk Japlin Akim menyampaikan cenderahati kepada Musa.-Gambar Oleh Alex Mairin

Datuk Japlin Akim menyampaikan cenderahati kepada Musa.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan