Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemimpin masyarakat diminta daftar nama mangsa banjir

BONGAWAN – Pemimpin masyarakat diminta mengenalpasti dan mendaftar setiap keluarga yang menjadi mangsa banjir di kawasan ini bagi memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan kepada mangsa bencana tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan, Mohamad Alamin berkata, setiap keluarga akan menerima bantuan kerajaan sebanyak RM500 bagi meringankan beban yang dihadapi mangsa terlibat.

“Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK perlu memastikan setiap mangsa yang terlibat didaftarkan tanpa mengira sama ada mereka dipindahkan ke pusat pemindahan sementara ataupun tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Bencana Alam Daerah Papar, di Pejabat Unit Pembangunan Masyarakat dan Perhubungan DUN Bongawan, di sini baru-baru ini.

“Bagaimanapun, ketua keluarga mangsa banjir ini perlu membuat laporan pengesahan kepada pihak berkuasa berkenaan untuk melayakkan mereka menerima bantuan tersebut” katanya lagi.

Mohamad juga mengingatkan pemimpin masyarakat supaya melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan jujur tanpa mempunyai unsur pilih kasih sehingga meminggirkan mangsa yang sepatutnya mendapat bantuan.

“Oleh itu, saya beri amaran agar pemimpin masyarakat di kawasan ini agar tidak melakukan perkara negatif, termasuk mendaftarkan nama mereka yang tidak layak untuk bantuan wang ehsan ini,” tegasnya.

Terdahulu, Mohamad menyerahkan sumbangan bantuan berbentuk barangan keperluan kepada penduduk yang terjejas oleh banjir di sekitar kawasan ini. – oleh Aryan De Vera / sayangsabah

 BANTUAN… Mohamad (tiga dari kanan) menyampaikan bantuan keperluan dapur kepada salah seorang wakil penduduk kampung yang terjejas akibat banjir. – foto Aryan De Vera / sayangsabah

BANTUAN… Mohamad (tiga dari kanan) menyampaikan bantuan keperluan dapur kepada salah seorang wakil penduduk kampung yang terjejas akibat banjir. – foto Aryan De Vera / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan