Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,809

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pemimpin ISIS Sama Dengan ‘Kebab’ Dibunuh

11:30am 11/05/2016 Pak Roshan 2066 views Global

ISIS-leader-in-Iraq-mocked-for-looking-like-a-kebab-killed-in-US-air-strike

SEORANG pemimpin kumpulan militan ISIS di Iraq yang menjadi terkenal di media sosial apabila dia disamakan dengan daging kebab, telah terkorban dalam serangan tentera udara yang dijalankan oleh Amerika Syarikat di Rutba.

Kematian komander tentera ISIS, Abu Wahib itu telah disahkan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.

Abu Wahib sebelum ini telah menjadi bahan jenaka dan ejekan apabila gambarnya yang memakai pakaian seragam ISIS telah disamakan dengan daging kebab. Imej itu telah dimuatnaik dalam Twitter.

Serangan yang dijalankan oleh Amerika Syarikat itu memang bertujuan untuk membunuhnya selepas dia muncul dalam video propaganda kumpulan ISIS.

“Kami melihatnya sebagai seorang pemimpin ISIS bukan hanya di wilayah Anbar sahaja. Kematiannya itu merupakan satu langkah signifikan,” kata jurucakap tentera.

Ketika serangan, Abu Wahib sedang menaiki sebuah kereta bersama tiga tenteranya yang lain.

Kematian Abu Wahib merupakan siri serangan terbaru yang dilakukan ke atas pemimpin kanan ISIS di Iraq dan Syria.

Selain Abu Wahib, sasaran utama tentera Amerika Syarikat adalah Suleiman Abd Shabib al-Jabouri, Abd ar-Rahman Mustafa al-Qaduli serta pemimpin kedua kumpulan ISIS iaitu Haji Imam. – Mynewshub.cc

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan