Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,760

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pemimpin BN/UMNO perlu turun padang dan dekati rakyat

7:15pm 20/08/2016 Elezebeth Esther Onjining 31 views Tempatan
Musa (dua dari kanan) bersama para pemimpin Bahagian UMNO Putatan pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Putatan, disini, hari ini.

Musa (dua dari kanan) bersama para pemimpin Bahagian UMNO Putatan pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Putatan, disini, hari ini.

PUTATAN- Pemimpin Barisan Nasional (BN) dan UMNO Sabah diseru agar sentiasa turun padang untuk berjumpa dan mendekati rakyat dikawasan yang diwakili mereka.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata bahawa sokongan padu daripada ahli-ahli akar umbi pwnting bagi memantapkan kekuatan parti tersebut.

“Tunjang kekuatan parti UMNO/BN terletak pada ahli-ahli akar umbi… Sekiranya sokongan di peringkat akar umbi kukuh, parti juga akan kuat dan mantap.

“Seseorang pemimpin perlu tahu akan keadaan rakyat di kawasan yang diwakilinya agar mereka (rakyat) tahu, apabila wakil rakyat khususnya pemimpin umno dipilih, kita tahu akan tanggungjawab masing-masing,”katanya.

Beliau berkata dwmikian semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan Bahagian UMnO Bahagian Putatan, disini, hari ini.

Tegasnya, para pemimpin tidak seharusnya turun padang dan melihat keadaan rakyat apabila tiba pilihan raya sahaja.

“Kita mesti turun padang sebelum, semasa, dan selepas pilihan raya bagi mengetahui keperluan rakyat di kawasan masing-masing,”katanya.

Musa yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah berkata rakyat akan lebih menghargai kepimpinan sekiranya keperluan dan kehendak mereka diberi perhatian oleh para pemimpin.

Tambahnya, hubungan baik antara pemimpin parti dengan ahli-ahli di peringkat akar umbi berupaya mewujudkan kesepakatan, kesepaduan dan kerjasama.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Ketua Bahagian UMNO Putatan, Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Hussin. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan