Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pemimpin BN Sabah perlu progresif

MUSA (tiga dari kanan) dan isterinya, Faridah (dua dari kanan) pada Majlis Hari Raya bersama Ketua Menteri di dataran Masjid Tinusa 2, di Sandakan, hari ini. - Foto Poliana Ronnie Sidom

MUSA (tiga dari kanan) dan isterinya, Faridah (dua dari kanan) pada Majlis Hari Raya bersama Ketua Menteri di dataran Masjid Tinusa 2, di Sandakan, hari ini. – Foto Poliana Ronnie Sidom

‎SANDAKAN: Pemimpin Barisan Nasional (BN) di Sabah perlu sentiasa progresif dan bertanggungjawab melaksanakan tugas dalam aspek pembangunan.

‎Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkata pendekatan itu penting bagi memastikan usaha BN memajukan negeri memanfaatkan seluruh rakyat.

Sebagai pemimpin yang diberi mandat oleh rakyat, katanya, pemimpin perlu sentiasa turun padang bagi memastikan program dan projek pembangunan dilaksanakan menepati matlamat kerajaan.

“Gelaran wakil rakyat bukan keistimewaan, sebaliknya tanggungjawab yang perlu dipikul.

“BN tiada noktah dalam usaha membawa pembangunan kepada rakyat, namun ia memerlukan pemimpin progresif dan bertanggungjawab,” katanya berucap pada Majlis Hari Raya bersama Ketua Menteri di dataran Masjid Tinusa 2, di sini, hari ini.

‎Yang turut hadir, isteri Ketua Menteri, Datin Seri Faridah Tussin; Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Zakaria Edris dan Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Mohd Hamsan Awang Supain.

‎Musa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, turut meminta rakyat supaya tidak terpedaya dengan dakyah pembangkang yang memburukkan kerajaan.

“Saya yakin rakyat tahu menilai apa yang dilaksanakan kerajaan khususnya dalam usaha membangunkan negeri ini,” katanya.

Terdahulu, Musa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Libaran di Kampung Padas dekat sini, yang dimeriahkan oleh penduduk dari Kampung Padas, Rancangan dan Sungai Batang. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan