Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemimpin BN Sabah berkumpul di Sri Gaya

KETUA Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman. – Foto Edmund Samunting

 

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman bersama anggota Kabinet kerajaan negeri yang mengangkat sumpah semalam, berkumpul di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, di sini, malam ini.

Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang masih bersama parti itu turut hadir.

Difahamkan, satu perbincangan tertutup turut diadakan.

Terdahulu, berlangsung majlis doa selamat dihadiri Musa dan anggota Kabinet negeri serta pemimpin BN.

Antara yang hadir ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Hajiji Mohd Noor; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Jahid Jahim serta bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Syed Abas Syed Ali. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan