Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,800

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pemimpin Baju Merah, Baju Kuning disekat memasuki Sabah- Syed Abas

5:54pm 24/11/2016 Elezebeth Esther Onjining 539 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Nasional,Tempatan

KOTA KINABALU- Pemimpin ‘Baju Merah’ dan ‘Baju Kuning’ tidak dibenarkan memasuki Sabah untuk suatu tempoh tertentu, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali.

Beliau berkata keputusan tersebut merupakan amaran keras kepada mana- mana pihak atau individu yang berniat mengganggu keamanan di negeri ini.

” Tindakan ketua- ketua perhimpunan tersebut boleh dizahirkan sebagai percubaan untuk mewujudkan suasana demokrasi tanpa ada rasa tanggungjawab kepada pengikut mereka dan negara ini khasnya.

” Adakah mereka berfikir dengan menyuarakan pandangan, tindakan dan perasaan serta mewujudkan suasana ketakutan dan kacau bilau di jalan- jalan raya, jadi adakah tindakan dan perbuatan mereka ini mengikut saluran dan lunas undang- undang yang telah sedia termaktub dalam perlembangaan khasnya sebagai rakyat Sabah dan komuniti perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, disini, hari ini.

Menurut Syed Abas, tindakan tersebut perlu dihentikan dengan serta merta tanpa kompromi kerana ia merupakan budaya asing dan bertentangan dengan nilai- nilai yang ada di negeri ini.

” Pada pandangan saya, tidak ada perbezaan antara ‘Baju Merah’ dan ‘Baju Kuning’, kedua- dua perhimpunan ini adalah suatu budaya asing dan bertentangan dengan nilai- nilai yang ada di Sabah.

” Sekiranya ingin menzahirkan sebarang ketidakpuasan hati hendaklah dilakukan melalui peti undi semasa pilihanraya, dan bukannya melalui demonstrasi di jalanan, berteriak- teriakan di jalan raya ataupun di media sosial,” tegasnya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan