Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemimpin akar umbi jangan pilih kasih

Nasir (dua kiri)  menyampaikan bantuan mangsa kebakaran kepada  Saedah Mohd. Dali dalam majlis itu di Dewan Serbaguna Inabah Kamal, Semporna.
Nasir (dua kiri) menyampaikan bantuan mangsa kebakaran kepada Saedah Mohd. Dali dalam majlis itu di Dewan Serbaguna Inabah Kamal, Semporna.

SEMPORNA – Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
(JKKK) diingatkan supaya tidak mengamalkan sikap pilih kasih dalam melaksana tugas dan
tanggungjawab mereka selaku pemimpin di peringkat akar umbi.

Peringatan itu diberikan oleh Datuk Nasir Sakaran, bahawa jawatan Ketua Kampung dan Pengerusi
JKKK diwujudkan oleh kerajaan agar mereka berkhidmat kepada masyarakat tanpa mengira fahaman
politik, kedudukan mahupun bangsa.

“Oleh sebab itu, kita mahu mereka hendaklah melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh
dedikasi, adil dan saksama terhadap masyarakat setempat,” katanya ketika berucap merasmikan majlis
penyampaian bantuan kepada mangsa kebakaran Kampung Inabah Kamal, di sini hari ini.

Dalam majlis itu, Nasir menyampaikan bantuan kepada 17 keluarga mangsa kebakaran Kampung Inabah
Kamal, berupa wang tunai sumbangan kerajaan negeri.

Sehubungan itu, beliau berharap kesemua mangsa dapat memanfaat sebaiknya bantuan sementara
menunggu bantuan-bantuan lain dari pihak kerajaan.

Katanya, pemberian sumbangan itu juga sekaligus dapat meringankan beban mereka selain
memperlihatkan keperihatinan dan kesungguhan kerajaan dalam membantu rakyat yang memerlukan
terutamanya mereka yang memdapat musibah. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan