Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemimpin akar umbi diminta perhalusi adat istiadat

Bobbey disambut degan tarian taradisi kaum Murut. - foto Kalawon Sawing
Bobbey disambut degan tarian taradisi kaum Murut. – foto Kalawon Sawing

NABAWAN – Ketua-ketua adat yang terdiri daripada Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung perlu mempamerkan keterampilan sebagai pemimpin agar disegani dan dihormati oleh masyarakat setempat.

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Datuk Bobbey Suan berkata, selain berketerampilan sebagai seorang pemimpin mereka juga perlu mempunyai ciri-ciri kepimpinan sesuai dengan jawatan yang disandang masing masing.

“Masyarakat sekarang bukan lagi seperti dahulu. Oleh sebab itu, sebagai pemimpin diperingkat akar umbi mereka perlu mempunyai pengetahuan lebih luas agar boleh memimpin masyarakat di bawah jagaan masing-masing,” katanya ketika berucap merasmikan penutupan Seminar dan Bengkel Pemantapan Adat Istiadat suku kaum Murut Nabawan,Sook dan Undang-Undang Enakmen Mahkamah Anak Negeri Sabah di Dewan Belia dan Sukan di Nabawan, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan itu berkata, dalam era teknologi maklumat ini, ketua-ketua adat wajar menimba ilmu sebanyak mungkin agar mereka tidak mudah dipengaruhi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang boleh mencemarkan adat istiadat khususnya suku kaum Murut.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa agar setiap suka kaum yang terdiri dari pelbagai etnik memperhalusi adat istiadat selaras dengan keadaan semasa bagi mengelak generasi muda berasa terkongkong sehingga boleh mengganggu perkembangan sosio hidup mereka ke arah modal insan berkemahiran tinggi. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan