Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemimpin Abu Sayyaf cedera

TENTERA Filipina membedil meriam menyasarkan kedudukan kumpulan Pejuang Barisan Islam Bangsamoro (BIFF) yang dipercayai melindungi pakar membuat bom, Abdel Basit Usman di Magundanao, selatan negara itu, semalam.
TENTERA Filipina membedil meriam menyasarkan kedudukan kumpulan Pejuang Barisan Islam Bangsamoro (BIFF) yang dipercayai melindungi pakar membuat bom, Abdel Basit Usman di Magundanao, selatan negara itu, semalam.

Manila: Pemimpin Abu Sayyaf, Radulan Sahiron mungkin antara yang cedera dalam pertempuran di Barangai Buhaginan, Sulu, beberapa hari lalu.

“Kami masih berusaha mengesahkan laporan itu. Bagaimanapun yang pasti, 25 anggota kumpulan itu terbunuh dan 27 lagi cedera,” kata sumber tentera di wilayah berkenaan.

Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) menawarkan hadiah AS$5 juta (RM18.8 juta) kepada mereka yang memberi maklumat hingga tertangkapnya Radulan dan seorang lagi pemimpin Abu Sayyaf, Isnilon Hapilon kerana jenayah mereka terhadap rakyat Amerika.

Sumber tentera Filipina di Sulu berkata, dua anggotanya turut terbunuh dalam pertempuran yang bermula sejak Selasa lalu.

Jurucakap tentera Rowena Muyuela berkata, serangan terhadap kedudukan Abu Sayyaf itu yang dibantu dengan pengeboman dari udara memaksa anggota kumpulan berkenaan berundur ke daerah Barangay Taglibi.

Dalam perkembangan lain, tentera Filipina juga berusaha menangkap seorang pakar membuat bom yang dilindungi satu lagi kumpulan militan Filipina.

Jurucakap tentera di Mindanao, Mejar Jeneral Edmundo Pangilinan berkata, usaha menangkap Abdel Basit Usman menjadi matlamat utama serangan besar-besaran yang dilancarkan di daerah Maguindanao.

Washington dan Manila mendakwa Abdel Basit mempunyai hubungan dengan Jemaah Islamiah dan Abu Sayyaf. Dia kini dipercayai dilindungi kumpulan Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF).

Lebih 10,000 penduduk Maguindanao dilapor meninggalkan kediaman masing-masing sejak tentera melancarkan serangan terhadap BIFF di daerah itu.-Agensi

Komen


Berita Berkaitan