Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,805

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pemilik Tiga Pesawat Parkir Di KLIA Akhirnya Tampil

7:30pm 11/12/2015 Pak Roshan 365 views Isu Semasa,Mutakhir

Pesawat

SEPANG – Pemilik tiga pesawat diparkir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini yang selama ini ‘hilang’ kini tampil, mendakwa syarikat itu secara asasnya konsisten berhubung dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Ketua Pegawai Eksekutif Swift Air Cargo, Kapten Blue Peterson memberitahu akhbarThe Star pada Jumaat bahawa tiga pesawat Boeing 747 yang diiklankan akhbar ini pada 7 Disember lalu memang adalah milik syarikat itu.

Beliau berkata Swift telah menjadi pemilik tiga pesawat tersebut sejak 8 Jun tahun ini.

“MAHB tahu perkara ini kerana kita telah mengadakan banyak pertemuan dengan mereka mengenai pesawat berkenaan.

“MAHB atas sebab tertentu yang tidak dapat diduga, enggan mengakui Swift sebagai pemilik pesawat, walaupun kita mempunyai semua dokumen sokongan, termasuk bil penjualan bagi tiga pesawat itu,” dakwanya.

Beliau berkata penjualan pesawat itu kepada Swift Air Cargo telah disaksikan oleh peguam cara, Syed Amir Ibrahim dari firma Syed Ibrahim & Co, semasa dokumen itu ditandatangani di Kuala Lumpur.

Ketika dihubungi, Syed Amir mengesahkan bahawa penjualan pesawat itu kepada Swift telah berlaku.

Kapten Peterson juga mendakwa beliau mempunyai Akuan Berkanun daripada pemilik sebelumnya, diperakui di Hong Kong dengan cop pejabat Konsulat Malaysia di pulau China itu.

“Pelbagai dokumen sokongan, jelas menyatakan bahawa Swift adalah pemilik ketiga-tiga pesawat B747,” kata beliau.

Tambahnya, mesyuarat pertama dengan MAHB dibuat dengan Pengurus Besar Kanan dalam perkhidmatan beroperasi 17 Jun lalu. – mStar

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan