Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pemilik tidak dikesan, lembu mati katak

7:05pm 13/12/2015 Ann Vivien 138 views Berita Pilihan,Jenayah,Tempatan
Gambar hiasan

Gambar hiasan

KENINGAU : Semua pihak harus memikirkan langkah terbaik untuk mengatasi masalah lembu berkeliaran di jalanraya terutama di kawasan pekan di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintenden Polis ( DSP ) Douglas Nyeging Taong berkata,  pihak terbabit terutama jabatan berkenaan perlu menguatkuasakan undang-undang  sedia ada secara berterusan bagi membendung lembu yang berkeliaran di kawasan pekan.

Katanya, Polis Diraja Malaysia ( PDRM )  sedia membantu pihak-pihak yang berkenaan dalam menguatkuasakan undang-undang jika dilaksanakan.

Douglas berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian kenderaan seorang penduduk yang mengalami kerosakan akibat dirempuh lembu pada malam Sabtu.

Menurut Douglas ada juga kes kemalangan yang  melibatkan kematian disebabkan lembu berkeliaran  tetapi tidak boleh dibawa ke mahkamah, “mati katak” kerana pemiliknya tidak dapat dikesan.- Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan