Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PEMILIK TANAH DAN PERLADANGAN AKAN DISIASAT BERHUBUNG KES KEMATIAN GAJAH: CHRISTINA LIEW

KOTA KINABALU: Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) kini diberikan hak sepenuhnya untuk menjalankan siasatan ke atas semua pemilik tanah dan perladangan di negeri ini mengikut Seksyen 33 Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997.

Timbalan Ketua Menteri, Christina Liew berkata, penurunan kuasa yang diberikan kepada JHLS bertujuan memastikan pihak bertanggungjawab dalam kematian haiwan dilindungi seperti gajah tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.

Christina (gambar) berkata, enakmen hidupan liar itu akan digunapakai bagi semua pemilik tanah termasuk perladangan jika didapati terdapat haiwan dilindungi mati di kawasan dalam lingkungan tanah, mereka akan disoal siasat oleh JHLS.

Christina Liew. Gambar Fail SNT

“Sebanyak 25 kes kematian gajah direkodkan dalam tempoh lapan bulan tahun ini sahaja dan isu ini berlarutan sejak dari dahulu lagi.

“Oleh itu, kerajaan negeri mengambil keputusan untuk membenarkan dan menurunkan kuasa kepada JHLS untuk menggunakan kuasa menangkap pihak yang didapati menyebabkan kematian haiwan dilindungi ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah menghadiri sambutan Ulang Tahun Ke-50 Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.

Hadir sama ialah Pembantu Menterinya, Asaffal P. Alian dan Setiausaha Tetap Kementeriannya, Datu Rosmadi Sulai.

Christina menambah, kementeriannya juga akan menubuhkan unit khas bagi membantu mencari kaedah serta cara menyelesaikan konflik manusia dan gajah di kawasan-kawasan hutan simpan mahu pun perladangan di negeri ini.

Katanya, unit itu akan diketuai oleh seorang pakar dari Amerika Syarikat (AS) yang akan bekerjasama dengan kementerian dan JHLS dalam membantu menyelesaikan isu berkaitan hidupan liar khususnya gajah di Borneo. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan