Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemilik Stesen Minyak Dirompak Di Tawau

tawau

TAWAU: Seorang pemilik stesen minyak dirompak sebanyak RM40,000 oleh tiga lelaki di Jalan Utara Baru di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dullah berkata dalam kejadian kira-kira 12.10 tengah malam itu, kesemua suspek memakai topi besbol.

Wang itu merupakan hasil kutipan harian syarikat berkenaan.

“Mangsa baru keluar dari stesen minyaknya dan sedang menuju ke kereta apabila didatangani sebuah kereta. Seorang suspek keluar dari kereta itu dan merampas bungkusan berisi wang daripada mangsa dan turut memukul kepala mangsa dengan spanar,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pihak polis kemudiannya menemui sebuah kereta yang digunakan suspek yang terbabas berhampiran Kompleks Sukan Tawau, kira-kira 800 meter dari tempat kejadian.

Turut ditemui dalam kereta itu ialah dua bilah parang dan wang tunai RM45, katanya.

Suspek sedang diburu.

Komen


Berita Berkaitan