Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,664

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pemilik premis didenda benarkan imigran haram masuk ke dalam premisnya

2:02pm 15/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 19 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang pemilik premis perniagaan didenda RM5,000 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen, disini, hari ini atas kesalahan membenarkan seorang imigran warganegara Filipina masuk ke dalam premis beliau.

Tertuduh, Chin Choi Ken, 52 hadir di hadapan Hakim Azreena Aziz mengaku melakukan kesalahan tersebut di sebuah premis di Beverly Hills, Penampang, pada jam 10.55 malam, 19 Januari lalu.

Chin dihukum dibawah Seksyen 55E (1) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan denda tidak kurang dari RM 5,000 dan tidak melebihi RM 30,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap imigran haram yang dijumpai dalam premis tersebut.

Dalam mitigasi, Chin memohon agar mahkamah mengenakan hukuman ringan kepadanya.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwaraya, Hamisah Puteh. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan