Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PEMILIK MEDISINAR KLINIK NAFI EDAR BORANG BUAT IC UNTUK PTI

TUARAN: Pemilik Medisinar Klinik dan Surgeri Cawangan Taman Telipok Ria hari ini membuat laporan polis berikutan difitnah kononnya mengedarkan borang untuk mendapatkan kad pengenalan kepada Pendatang Tanpa izin (PTI).

Pemiliknya, Kapten Dr Zulfikar Zulkifli berkata, setakat ini kliniknya merupakan satu-satunya yang dilantik untuk menjadi panel pesuruhjaya sumpah untuk mengendalikan perkhidmatan itu di sekitar Taman Perumahan Telipok Ria.

Katanya, perkhidmatan yang ditawarkan di Kliniknya juga sama seperti premis pesuruhjaya lain untuk membantu penduduk serta orang awam mendapatkan perkhidmatan pengesahan serta cop pesuruhjaya sumpah kepada mereka yang memerlukan perkhidmatan berkenaan.

“Kami terkejut apabila ditularkan dalam media sosial kononnya klinik ini beroperasi untuk mengeluarkan documentasi kad pengenalan kepada PTI atau Stateless di sekitar kawasan ini.

Kapten Dr Zulfikar Zulkifli. Gambar SNT/Zakaria Damit

“Tindakan fitnah ini sudah tentu menjejaskan operasi serta perniagaan klinik Medisinar secara keseluruhannya akan terjejas. Kita yakin mereka ini berniat jahat untuk menjatuhkan perniagaan operasi klinik kami,” katanya kepada Sabahnewstoday.com, selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran.

Dr Zulfikar berkata, setakat ini operasi pesuruhjaya sumpah dalam klinik ini adalah mengikut undang-undang yang telah ditetapkan malah sekeras-kerasnya menafikan bukan untuk memberikan perkhidmatan bagi pengeluaran kad pengenalan kepada PTI seperti mana yang telah ditularkan di media sosial.

Katanya, selepas ini pihak Kumpulan Klinik Medisinar akan mendapatkan nasihat pengamal perundangan sekaligus akan mengambil tindakan undang-undang kepada individu atau mereka yang disyaki memfitnah operasi klinik medisinar dalam tempoh terdekat.

“Untuk makluman semua, klinik medisinar dibuat serta diuruskan secara profesional oleh doktor perubatan sekaligus mempunyai rangkaian serta cawangan perniagaan yang sangat diluas di seluruh negeri ini.”-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan