Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,649

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pemilik Kedai Runcit Disamun RM10,000 Di Kalabakan

8:48am 07/02/2016 Pak Roshan 1720 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

TAWAU : Seorang pemilik kedai runcit kerugian RM10,000, hasil jualan harian, selepas disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau di Jalan Benta, Kalabakan, kira-kira 6.45 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata mangsa berusia 36 tahun itu berhenti di tepi jalan untuk membuang air kecil sebelum didatangi seorang suspek lelaki tidak dikenali dari arah belakang dan mengacukan pisau kepadanya.

Fadil berkata, mangsa ketika itu dalam perjalanan dari Benta, Kalabakan menuju ke Merotai Besar menggunakan kenderaan jenis Nissan Frontier.

Katanya, ketika kejadian, suspek meminta mangsa menyerahkan semua wang miliknya sebelum melarikan diri menghala ke Merotai.

Mangsa yang menyerahkan beg miliknya berikutan bimbang akan keselamatannya itu bagaimanapun tidak dapat mengecam suspek kerana keadaan ketika itu gelap selain suspek memakai topi keledar yang dipasang visor, katanya.

“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi talian 089-772121,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan