Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemilik Kedai Makan Disamun RM17,000 Oleh Pekerja

ragut

KOTA KINABALU — Sebuah kedai makan kerugian RM17,000 selepas disamun sekumpulan pekerjanya di Lintas Jaya di sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata kejadian itu berlaku semasa pemilik Kedai Kopi Wah Jie, Jalan Lintas Pendek di sini sedang mengagihkan gaji pekerja pada 5.30 petang apabila suspek bersama beberapa rakannya datang menuntut gaji.

“Siasatan awal mendapati suspek merupakan pekerja di tempat tersebut dan tidak hadir bekerja sejak beberapa hari yang lalu.

“Memandangkan suspek mempunyai masalah kehadiran, gaji suspek akan diberikan kepadanya esok,” katanya dalam kenyataan di sini Isnin.

Chandra berkata akibat tidak berpuas hati, suspek bertindak mengikat pemilik kedai terbabit dengan tali pada kerusi, manakala rakan pemilik kedai pula bergelut dengan suspek.

Menurutnya, suspek dan rakan-rakannya dapat melarikan diri bersama wang gaji pekerja dianggarkan berjumlah RM17,000.

Chandra berkata suspek ditangkap di Lintas Jaya kira-kira pukul 3.55 petang semalam.

Komen


Berita Berkaitan