Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemilik Bot Diminta Maklum Pergerakan Bot Kepada Pusat Operasi Esscom

esscom

LAHAD DATU : Pemilik bot diminta memberi kerjasama untuk memaklumkan pergerakan bot mereka di kawasan perairan timur negeri ini kepada Pusat Operasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata ia bagi memudahkan aset pasukan keselamatan di bawah kendalian Esscom melakukan pemantauan pergerakan bot dari satu lokasi ke lokasi yang dituju.

“Saya minta kerjasama daripada pemilik bot supaya aset pasukan keselamatan dapat memantau pergerakan bot dan memudahkan tugas pemantauan bagi memastikan pelayaran bot itu selamat,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Menurutnya Komander Esscom Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Kadir telah berjumpa dengan beberapa pengusaha bot bagi menyampaikan langkah keselamatan itu.

Ia merupakan antara tindakan diambil oleh Esscom susulan kes penculikan yang berlaku di perairan negeri ini.

Kes penculikan terbaharu dilakukan oleh kumpulan Culik Untuk Wang Tebusan pada 10 Julai lepas membabitkan tiga lelaki warganegara Indonesia yang bekerja sebagai anak kapal pukat tunda di kawasan perairan Felda Sahabat 16 di sini.

Semalam, lima warganegara Malaysia, kru sebuah bot tunda dipercayai diculik selepas sebuah bot tunda bersama tongkang ditemui terdampar tanpa kru di beting pasir perairan laut Dent Heaven berhampiran Tambisan di sini.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan