Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemilik anjing mengaku cuai

anjing

SEREMBAN (NEGERI SEMBILAN): Pemilik dua ekor anjing yang menyerang tiga individu di Kampung Masjid, Lenggeng, April lalu, didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, tadi.

Tertuduh, Lam Soon Seng, 52, mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Mahkamah turut mengarahkan tertuduh dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Selain itu, Mohamad Izwan menetapkan 7 Julai depan untuk serahan laporan perubatan dan pengurusan kes terhadap satu lagi pertuduhan.

Tertuduh didakwa dengan cuai meninggalkan dua anjing miliknya hingga menyebabkan kecederaan terhadap Rukimah Juwandi, 51; Hoosni Anuar Hamid, 44; dan Mohd Nasir Sulaiman, 55; di Kampung Masjid, Lenggeng, antara jam 7 hingga 7.50 pagi, 23 April lalu.

Soon Seng yang juga pengusaha ladang cili didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Komen


Berita Berkaitan