Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemilik Akaun Twitter ‘Zoonar Cartoonist’ Ditahan Polis

zunar

KUALA LUMPUR – Polis menahan pemilik akaun Twitter ‘Zoonar Cartoonist’ di @zunarkartunis kerana dipercayai memuat naik kenyataan berbaur hasutan terhadap hakim dalam keputusan kes rayuan terakhir Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

10zunartwit_cropped.transformed

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), SAC Zainuddin Ahmad dalam kenyataan berkata, lelaki berusia 52 tahun itu, ditahan di Jalan Pantai Murni, Pantai Dalam, kira-kira 9.30 malam tadi.

Suspek ditahan di lokap Dang Wangi untuk permohonan reman esok di bawah Seksyen 117 Kanun Prosidur Jenayah (KPJ).

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948, katanya.

Suspek dipercayai memuat naik kenyataan itu di akaun miliknya kira-kira 12.17 tengah hari tadi dan mendapat perhatian Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengarahkan pasukan polis menyiasat perkara itu. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan