Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemilik akaun FB keluarkan kenyataan bersifat rasis ditahan

tawau rasist

TAWAU: Wanita pemilik nama akaun laman sosial Facebook yang mengeluarkan kenyataan bersifat rasis berhubung insiden pesawat MH17 ditahan reman selama 24 jam untuk siasatan.

Ketua Polis Daerah, ACP Awang Besar Dullah yang mengesahkan penahanan wanita terbabit berkata, wanita itu ditahan di bawah kes 4 (1)© Akta Hasutan.

Menurutnya, Sim Kwang Yung, 38, ditahan di rumahnya berserta sebuah P. link warna putih wifi berserta charger, sebuah handphone jenama iPhone 5 dan sim card no. 012 8170001.

“Suspek ditahan sepasukan anggota polis yang diketuai ASP Jafri Othman pada jam 11.30 pagi kelmarin,” katanya dalam kenyataan.

Pihaknya juga katanya, tidak menolak kemungkinan untuk menambah tempoh masa tahanan reman kepada satu minggu lagi, tetapi bergantung kepada hasil soal siasat awal.

Terdahulu, beberapa laporan polis diterima selepas akaun Facebook menggunakan nama Sim Kwang Yung mengeluarkan kenyataan yang disifatkan biadap dan tidak bertamadun.

Sim Kwang Yung itu telah mengeji ibadat puasa yang dijalani oleh Allahyarham Wan Amran Wan Hussain, juruterbang MH17 dan Allahyarham Muhammad Firdaus Abdul Rahim, pembantu juruterbang, selaku umat Islam.

Dia menuduh ibadah puasa yang dijalani oleh kedua-dua orang juruterbang dan pembantu juruterbang itu, telah menyebabkan mereka memandu pesawat malang itu ke Zon Merah yang merupakan kawasan larangan terbang sehingga akhirnya pesawat itu ditembak jatuh.

Kenyataan memaki hamunnya diteruskan dengan Solat Jumaat di kawasannya apabila dia tidak berpuas hati kerana kenderaan diletakkan di tepi jalan dan tidak dikenakan saman selain mengungkit tentang kelebihan yang di miliki bumiputera berbanding kaumnya.

Komen


Berita Berkaitan