Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemeriksaan talian penghantaran elektrik dasar laut capai fasa akhir      

LABUAN – Kerja-kerja pemeriksaan talian penghantaran elektrik dasar laut berkeupayaan 132 kiloVolt (kV) Labuan-Menumbok kini sudah mencapai fasa akhir.

Kerja-kerja ini telah pun bermula sejak bulan April lalu dan melibatkan beberapa fasa untuk mengumpul maklumat kesehatan kabel dasar laut.

Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) dalam kenyataan di sini hari ini memberitahu, fasa akhir ini melibatkan kerja-kerja mengenalpasti laluan dan mengukur kedalaman kabel sedia ada daripada permukaan laut.

Menurut SESB lagi, kos keseluruhan pelaksanaan projek ini adalah lebih RM2.5 juta dan apabila siap kelak, talian atau kabel ini merupakan rangkaian sistem elektrik utama yang menghubungkan Sabah dengan Pulau Labuan.

Hasil makluman awal daripada pakar yang dilantik dari Jepun, kesihatan kabel berkenaan masih dalam keadaan baik walaupun sudah beroperasi sejak tahun 1989.

Laporan lengkap dan cadangan penambahbaikan projek ini dijangka akan dapat disiapkan dan dibentangkan oleh pakar yang dilantik pada penghujung bulan hadapan. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan