Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemeriksaan Mental Model ‘Tanggal Baju’ Dilanjutkan

MODEL SAMBILAN PERSANA AVRIL SOLLUNDA DIIKAT JAMIN /

KUALA LUMPUR – Pemeriksaan mental ke atas bekas model yang didakwa menanggalkan bajunya di khalayak ramai baru-baru ini dilanjutkan sebulan lagi.

Majistret Nur ‘Aminahtul Mardiah Md Nor membuat keputusan itu berikutan permohonan pihak Hospital Tanjung Rambutan, Perak yang memerlukan lebih masa menyiapkan laporan mental tertuduh, Persana Avril Sollunda, 33.

Nur’ Aminatul Mardiah menetapkan 3 Ogos ini untuk sebutan semula kes itu namun katanya, jika laporan kesihatan mental telah lengkap, mahkamah akan memanggil pihak pendakwaan dan pembelaan lebih awal.

Mengikut Seksyen 342(4) Kanun Prosedur Jenayah, mahkamah boleh melanjutkan tempoh tahanan tertuduh maksimum tiga bulan sekiranya pihak hospital psikiatri mendapati tertuduh memerlukan pemerhatian lanjut.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Svetlana Mohd Noor Nordin dan juga peguam Muhammad Nor Izzat Nordin yang mewakili tertuduh tidak mengemukakan bantahan terhadap permohonan itu.

Dalam prosiding hari ini hanya adik lelaki tertuduh hadir. Tertuduh tidak dibawa ke mahkamah kerana masih berada di Hospital Tanjung Rambutan.

Persana Avril dituduh menanggalkan baju di khalayak ramai apabila gagal membayar selepas makan di sebuah kedai nasi ayam di Jalan Petaling di sini pada 23 April lepas. Gambarnya tanpa baju dan coli menjadi viral dalam laman sosial.

Dia didakwa atas pertuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan