Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemergian ADUN Apas Dirasai Ketua Menteri Sabah

TAWAU – Pemergian Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan amat dirasai Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman kerana kehilangan seorang rakan dan seorang wakil rakyat yang komited untuk membantu rakyat.

Allahyarham meninggal dunia di Pusat Perubatan Prince Court di Kuala Lumpur pada 11.57 malam tadi.

Musa berkata arwah seorang insan mulia dan baik hati serta merupakan jemaah menteri selaku Menteri Belia dan Sukan Sabah yang tetap bersemangat bekerja sehingga ke akhir hayatnya.

“Kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga arwah dan saya berharap keluarga arwah tabah dan kuat dalam keadaan sukar ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Raya di sini, hari ini.

Musa bersama kira-kira 1,000 orang termasuk ahli keluarga arwah, rakan baik, anggota Barisan Nasional, anggota pembangkang serta penduduk sekitar Tawau hadir menyertai solat jenazah Allahyarham di masjid tersebut.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Utara selepas solat zohor.

Sejak lapan bulan lalu, Allahyarham menjalani rawatan kesihatan serta pembedahan akibat kanser usus di Pusat Perubatan Prince Court.

Pada 24 Feb lepas Allahyarham pulang pertama kali ke Tawau selepas menjalani pembedahan untuk bertemu rakyat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Titingan.

Selain itu pada 25 Feb beliau turut bersama Musa di Kampung Membelua bagi perasmian Masjid Nurul Fallah di kampung tersebut dan pada majlis itu.

Pada majlis itu, Allahyarham memohon kepada Musa selaku pemimpin nombor satu negeri Sabah supaya dapat meluluskan empat hektar tanah untuk tapak baharu tanah perkuburan Islam di Tawau. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan