Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemburu upahan bodoh

Foto oleh Jabatan Polis Phoenix
Foto oleh Jabatan Polis Phoenix

Phoenix: Seorang pemburu upahan ditangkap selepas dia dan rakan-rakannya tersilap mengepung rumah dan cuba menahan Ketua Polis Phoenix, menyangka beliau ialah penjenayah kes dadah dari Oklahoma yang diburu.

Brent Farley, 43, serta 10 rakannya mengepung rumah ketua polis itu, Joseph Yahner, kira-kira jam 10 malam waktu tempatan, Rabu lalu

Menurut polis, Yahner berulang kali memberitahu mereka tersalah alamat dan meminta mereka meninggalkan rumahnya namun Farley terus mengetuk pintu dengan kuat menuntut ‘penjenayah’ itu keluar. Ketika kejadian Farley serta beberapa rakannya, membawa pistol.

Rakaman video menunjukkan Yahner yang hanya berseluar dalam, keluar dengan memegang belantan, menghampiri pemburu upahan terbabit.

Jurucakap polis Phoenix, Trent Crump, bagaimanapun berkata, tidak berlaku kekasaran fizikal.

Menurut Crump, tujuh anggota kumpulan Farley ialah lelaki dan tiga lagi wanita, termasuk saudara salah seorang anggota lelaki serta seorang budak perempuan berusia 11 tahun memakai tali pinggang pistol mainan.

Mereka bekerja dengan dua syarikat penyedia ikat jamin, NorthStar Fugitive Recovery dan Delta One Tactical Recovery. Namun mereka bertindak ke rumah Yahner berdasarkan maklumat yang tidak pasti mengenai lokasi suspek diperolehi melalui media sosial.

Crump berkata, Farley menghadapi tuduhan menceroboh dan berkelakuan tidak senonoh dan 10 lagi juga mungkin akan didakwa. – Reuters/HMetro

Komen


Berita Berkaitan