Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pembunuhan Altantuya: 10 Fakta Yang Anda Mesti Tahu

altantuya

KES pembunuhan berprofil tinggi yang melibatkan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, merupakan salah sebuah skandal terbesar yang pernah ‘menggoncang’ institusi kerajaan Malaysia oleh kerana ura-ura penglibatan pegawai tinggi dalam pentadbiran negara dan cubaan untuk menutup kes pemberian rasuah.Selasa lalu, pensabitan hukuman mati kepada dua anggota polis yang bertanggungjawab terhadap kematian wanita itu telah dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Berikut merupakan beberapa fakta yang perlu anda tahu mengenai kes pembunuhan kejam ini:

1. Altantuya Shaariibuu,28, merupakan seorang model dan penterjemah bahasa yang berasal dari Mongolia.

2. Altantuya pernah menjalinkan hubungan bersama penganalisis politik berpengaruh, Abdul Razak Baginda, yang turut mengetuai sebuah organisasi sulit berkenaan pertahanan dan penulis teks ucapan bagi Datuk Seri Najib Tun Razak semasa beliau masih bergelar Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

3. Pada 18 Okt. 2006, Altantuya telah dibunuh dan jasadnya diletupkan menggunakan bahan letupan bergred militari C4, di dalam sebuah kawasan belukar di Shah Alam, Selangor. Cebisan mayatnya kemudian ditemui di sekitar kawasan tersebut.

4. Razak Baginda telah dituduh bersubahat terhadap pembunuhan itu, namun kemudiannya dibebaskan pada 2008.

5. Bagaimanapun, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, komando polis dan anggota elit unit keselamatan yang berkhidmat untuk Najib ketika itu; telah dituduh membunuh Altantuya dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 2009.

6. Namun pada 2013, Mahkamah Rayuan telah melepas dan membebaskan Sirul Azhar dan Azilah Hadri daripada pertuduhan membunuh Altantuya.

7. Pendakwa kerajaan memfailkan rayuan terhadap pembebasan mereka, dan badan kehakiman tertinggi negara ini iaitu Mahkamah Persekutuan, telahpun mendengar rayuan tersebut tahun lalu. Mahkamat Persekutuan kini mengekalkan sabitan yang dijatuhkan terhadap Sirul Azhar dan Azilah Hadri.

8. Altantuya terlibat dalam perbincangan pembelian kapal selam Scorpene bernilai US$1.1 billion daripada Perancis apabila Razak Baginda diamanahkan untuk menguruskan jual beli tersebut. Khabar angin pantas tersebar bahawa beberapa pegawai tinggi kerajaan menerima sogokan lumayan hasil daripada perjanjian itu, dan Altantuya diarahkan untuk merahsiakan urus janji tersebut.

9. Pembunuhan Altantuya serta-merta menjadi isu politikal kontroversi dalam pentadbiran Najib, apabila pihak pembangkang menyifatkan kes itu sebagai agenda ‘tutup mulut’ kerajaan, malah cuba mengaitkan Najib dengan pembunuhan kejam iersebut.

10. Skandal sensai ini telah menyebabkan Najib bersumpah di dalam sebuah masjid bahawa beliau tidak kenal siapa Altantuya Shaariibuu. Sumber: Agence France-Presse, Reuters, dan arkib Straits Times.

Komen


Berita Berkaitan