Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,657

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pembunuh upahan ditangkap selepas 15 tahun diburu

8:48am 24/06/2016 Pak Roshan 23 views Global

thailand

Bangkok: Seorang pembunuh profesional yang disyaki terbabit dalam beberapa siri pembunuhan kejam berjaya ditangkap di daerah Lat Krabang di sini selepas 15 tahun diburu.

Chaiyant Intharawichit, 52, ditangkap di jalan Soi Sriyoo di daerah Lat Krabang oleh sepasukan anggota jabatan pencegahan jenayah polis Thailand.

Suspek adalah individu nombor satu paling dikehendaki polis di bandar Nakhon Si Thammarat dan mempunyai beberapa waran tangkap terhadapnya berkaitan tuduhan membunuh.

Jurucakap jabatan pencegahan jenayah, Charn Wimolsri berkata, Chaiyant bersama dua lagi suspek dipercayai terbabit dalam pembunuhan seorang lelaki di daerah Ron Phibun di Nakhon Si Thammarat pada 1998.

Chaiyant ditangkap dan mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap lelaki itu, tetapi dia melarikan diri selepas dibebaskan dengan ikat jamin.

Pada 2010, Chaiyant bersama tiga rakannya disyaki menembak mati seorang lelaki di daerah Lan Saka di Nakhon Si Thammarat.

Ketika melarikan diri suspek disyaki menembak mati seorang lagi lelaki di sebuah kedai kopi di Lan Saka.

Suspek akhirnya dikesan polis bersembunyi di daerah Lat Krabang sebelum ditangkap ketika memandu sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz.

Ketika disoal siasat, Chaiyant menafikan terbabit dalam semua pembunuhan itu, tetapi polis menegaskan mereka mempunyai bukti kukuh untuk menyabitkan suspek. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan