Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pembukaan Pusat Penetasan Telur Penyu, Bantu Usaha Jaga Kebersihan Di Pulau Libaran

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

SANDAKAN : Pembukaan Pusat Penetasan Telur Penyu di Pulau Libaran bukan sahaja dapat menarik kehadiran pelancong, malah menyumbang kepada usaha menjaga kebersihan di kawasan kampung pulau itu.

Ia hasil komitmen sebuah syarikat pengusaha pelancongan Trekkers Lodge Sdn Bhd dengan kerjsama penduduk kampung di pulau itu yang terletak kira-kira 40 minit perjalanan menaiki bot dari bandar Sandakan.

Pusat penetasan telur penyu yang dibuka dua tahun lepas itu turut mendapat kerjasama Jabatan Hidupan Liar Sabah.

Pengarah Urusan Trekkers Lodge, Alexander Yee berkata usaha membersihkan kawasan pulau itu meliputi kawasan pesisir pantai bagi membantu usaha meningkatkan bilangan penyu mendarat dan bertelur di pulau itu.

“Ia dilakukan menerusi Program Angkat iaitu membersihkan pantai Pulau Libaran oleh Trekkers Lodge dengan kerjasama Friend of Sea Turtles Education and Research (FOSTER) dimulakan sejak Februari lepas,” katanya kepada Bernama.

Alexander berkata kawasan itu dibahagikan kepada 60 lot dengan setiap lot sepanjang 50 meter dan lima orang penduduk kampung terpilih untuk menyertai program pembersihan itu.

“Pesisir pantai yang kotor dengan najis lembu, sampah dan kayu menyukarkan penyu naik ke darat untuk bertelur selain persekitaran pantai turut terjejas kerana tidak bersih,” katanya.

Beliau berkata menerusi program itu, beberapa syarikat dan agensi kerajaan tampil memberi dana untuk disalurkan kepada FOSTER bagi membayar elaun penduduk kampung yang terlibat dalam kerja pembersihan pantai iaitu sebanyak RM80 sebulan untuk satu lot.

Ketua Kampung Pulau Berhala Jikral Kahar berkata pihaknya mengarahkan penduduk kampung menjaga lembu peliharaan mereka daripada berkeliaran dan membuang najis merata tempat.

“Mereka akan dikenakan tindakan sama ada denda atau lembu dirampas,” katanya.

Jikral berkata dengan suasana bersih di pulau itu, ia membolehkan usaha menarik lebih ramai pelancong sekali gus dapat melihat sendiri program pemuliharaan penyu dan kawasan penempatan penduduk kampung.

Pulau Libaran yang mempunyai 450 penduduk, menjadi kawasan untuk penyu bertelur memandangkan ia terletak berhampiran kawasan Taman Pulau Penyu yang meliputi Pulau Selingan, Bakungan Kecil dan Gulisan.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan