Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pemborong Minyak Masak Di Lahad Datu Akan Dikenakan Tindakan

6:14pm 03/11/2016 Pak Roshan 1307 views Lahad Datu,Mutakhir,Tempatan

minyakmasak

TAWAU : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sabah akan mengambil tindakan terhadap sebuah syarikat pemborong minyak masak di Lahad Datu selepas gagal menyelenggara buku stok berkaitan bekalan kawalan.

Pengarah KPDNKK Sabah Yahya Sulaiman berkata tindakan itu diambil selepas pemeriksaan dilakukan pada 31 Okt lepas dan didapati syarikat tersebut disyaki menyembunyikan jumlah sebenar bekalan stok yang dimiliki.

“Tiada barang rampasan, hanya beberapa dokumen termasuk invois telah disita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan minyak masak paket 1 kg bersama pegawai dan kakitangan KPDNKK Tawau di Kedai Rakyat 1Malaysia hari ini.

Menurut beliau, pemborong berkenaan akan disiasat mengikut Peraturan 13 (2) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sementara itu, Yahya berkata tujuh pembekal minyak makan bersubsidi di daerah ini memberi jaminan bahawa bekalan minyak masak paket 1 kg itu mencukupi.

“Yang penting, orang ramai tidak membeli secara panik sehingga menyebabkan bekalan habis,” katanya lagi.

Menurutnya, bagi memastikan bekalan mencukupi di seluruh Sabah, pihaknya akan sentiasa menjalankan pemeriksaan khususnya di kawasan luar bandar.

“Ini termasuk pemeriksaan berkaitan minyak masak botol yang menerima rungutan orang ramai selepas subsidi ditarik, namun KPDNKK akan memantau harganya agar munasabah dan tidak dieksploitasi,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan