Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemborong Digesa Pastikan Bekalan Minyak Masak Paket 1kg Mencukupi

gambar hiasan
gambar hiasan

TAWAU : Pemborong minyak masak digesa supaya memastikan bekalan minyak masak terutamanya paket 1 kilogram (kg) mencukupi untuk dijual di pasar raya dan kedai runcit di daerah ini.

Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Tawau Peter J Berinus Agang berkata kekurangan bekalan minyak masak atau kelewatan penghantaran akan menimbulkan kerisauan kepada pengguna.

“Saya juga meminta pengguna tidak membeli secara panik…hari ini, sebuah pasar raya menerima bekalan minyak masak 60 kotak daripada pemborong tetapi tidak sampai setengah jam bekalan tersebut habis dijual,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.

Sehingga kini, terdapat tujuh pemborong yang dilantik untuk membekalkan minyak masak termasuk paket 1kg bagi daerah Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu.

Sebelum itu, tinjauan Bernama mendapati bekalan minyak masak paket 1kg yang dijual di kedai runcit dan pasar raya sekitar Tawau telah kehabisan stok.

Tinjauan itu turut mendapati hanya dua kedai menjual minyak masak paket 1kg, manakala selebihnya sudah tiga hari hingga seminggu tidak menerima bekalan baharu bahan tersebut daripada pemborong.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan