Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,666

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pembonceng motosikal maut dalam kemalangan

8:39pm 12/01/2016 Leolerry Lajius 148 views Tempatan

 

527px-Royal_Malaysian_Police_svg

KOTA KINABALU: Seorang pembonceng motosikal maut dalam satu kejadian kemalangan jalan raya yang membabitkan sebuah Perodua Alza dan sebuah motosikal jenis Demak EX90 di Jalan Bantayan.

Mangsa Jolina Binti John, 41 tahun maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan yang parah di bahagian kepala manakala penunggang motosikal tersebut yang juga suami kepada mangsa mengalami cedera ringan.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kereta Alza yang datang dari arah Country Height dan sedang menuju ke pejabat KHM, Jalan Bantayan dan hendak masuk simpang kanan, sebuah motosikal jenis Demak yang datang dari arah belakang dengan tiba-tiba memotong kenderaan  tersebut semasa hendak masuk simpang kanan.

“Motosikal tersebut terlanggar bahagian hadapan sebelah kanan kereta tersebut dan mengakibatkan pembonceng mengalami cedera parah di kepala dan maut di tempat kejadian,”katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan