Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PEMBINAAN TEROWONG LALUAN KE LUAR BANDAR DIPERTIMBANG

pic-17
KOTA KINABALU: Penggunaan terowong sebagai salah satu laluan ke luar bandar akan dipertimbangkan.

Walaupun kos pembinaan terowong tersebut mahal, kos penyelenggaraan dalam jangka panjang adalah rendah,Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman berkata.

Beliau berkata antara laluan yang berpotensi untuk dibina terowong adalah laluan Tamparuli-Ranau dan laluan Beaufort-Tenom.

Musa berkata demikian ketika merasmikan upacara pecah lalu terowong jalan raya berkembar pertama di Sabah iaitu laluan sejauh 600 meter dari Universiti Teknologi Mara (UITM) Sabah ke Pelabuhan Sepanggar.

Terowong yang dinamakan Terowong Sepanggar berperanan untuk menghubungkan kawasan-kawasan perindustrian, perumahan, pelancongan dan juga pelabuhan Sabah dan merupakan satu kejayaan besar kepada Jabatan Kerjaraya (JKR) Negeri dan Persekutuan atas usahasama yang dilakukan.

JKR kini mempunyai tenaga mahir dan pakar dalam mengaplikasikan teknologi yang mampu menjimatkan kos penyelenggaraan walaupun kos pembinaan mahal.

“Pembinaan terowong ini juga sudah pasti akan memberikan keselesaan kepada rakyat di sekitar,” katanya lagi.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Seri Panglima Yahya Hj Hussin, Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris dan Pengarah JKR Datuk Ir John Anthony.

Komen


Berita Berkaitan