Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,647

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pembinaan Pejabat Baharu Kastam Lahad Datu Selewat-lewatnya Mei Ini

6:34pm 22/01/2016 Pak Roshan 80 views Lahad Datu,Mutakhir,Tempatan

kastam

LAHAD DATU : Pejabat baharu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Lahad Datu bernilai kira-kira RM20 juta dijangka dibina selewat-lewatnya Mei tahun ini.

Projek di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh itu turut dilengkapi kemudahan dewan serbaguna, tempat letak kereta, stor rampasan, surau, kafetaria serta bilik pejabat bagi 50 pegawai kastam yang bertugas di daerah itu.

Majlis pecah tanah pembinaan bangunan pejabat setinggi dua tingkat itu di sini disempurnakan Ketua Pengarah JKDM Datuk Seri Khazali Ahmad, Jumaat.

Ketika ditemui pemberita, Khazali berkata pembinaan bangunan itu mampu memberi keselesaan dan persekitaran kerja yang kondusif kepada petugas kastam serta para pelanggan.

“Selain pertambahan pegawai kastam di sini, pejabat ini juga dikelilingi kilang-kilang yang menjadikan lokasi ini agak kurang kondusif kepada pelanggan jabatan untuk datang berurusan selain laluan jalan kastam sekarang juga sering digunakan kenderaan berat bagi ke pelabuhan berdekatan,” katanya lagi.

Terdahulu, sewaktu berucap pada majlis pecah tanah itu, Khazali berkata JKDM Sabah memungut hasil cukai (kasar) bernilai RM1.8 bilion sepanjang tahun lalu dan menyasarkan pungutan hasil cukai (bersih) RM1.55 bilion bagi Sabah tahun ini.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan