Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,774

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pembinaan Pan Borneo dimulakan pada Mac 2016

1:42pm 24/11/2015 Dewiana Tinggolongon 1859 views Kota Kinabalu,Laporan Sidang DUN,Mutakhir,Tempatan

Musa (kanan) bersalaman dengan Pairin (kiri) - foto Jimmy Tan / sayangsabah.

KOTA KINABALU- Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo akan dimulakan pada Mac 2016 sebaik sahaja rekabentuk terperinci dilakukan.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunaan Infrastruktur, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, perincian itu melibatkan tiga pakej awalan telah siap pada penghujung tahun 2015 .

“Pakej itu ialah jalan Donggongon papar Spur iaitu pakej tiga hingga 11.7 kilometer, jalan Tawau ke Semporna iaitu 45 hingga 49.7 kilometer (KM) dan jalan Lahad Datu Bypass 7.1KM,” katanya dalam sidang di Dewan Undangan Negeri di sini hari ini (Selasa).

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Datuk Seri Panglima Lajim Ukin (PKR-Klias) yang ingin tahu bila Lebuh Raya Pan Borneo mula dilaksanakan dan Adakah pelaksanaannya oleh kontraktor-kontraktor tempatan seperti di negeri Sarawak.

Pairin berkata, Kerajaan Persekutuan telah memberi jaminan melalui Majlis Ekonomi supaya pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo akan ditawarkan sepenuhnya kepada kontraktor-kontraktor tempatan yang berkeupayaan dan layak untuk membina Lebuhraya Pan Borneo.

katanya Kerajaan telah bersetuju bahawa pembinaan Pan Borneo akan dilaksanakan secara tender terbuka sepertimana yang dilaksanakan di Negeri Sarawak.

Menurutnya, setekat ini belum ada kontraktor ditawarkan untuk melaksanakan Lebuh Raya Pan Borneo Sabah fasa pertama.

“Kerajaan juga bersetuju untuk melaksanakan Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 706KM dengan membahagikan kepada beberapa kolompok supaya ia memberi peluang kepada lebih banyak kontraktor yang berkeupayaan dan layak untuk melakasnakannya,” ujarnya lagi.

Terdahulu beliau berkata, pada 24 Ogos lalu, Kerajaan persekutuan telah bersetuju untuk melaksanakan Projek Pan Borneo dengan kaedah (dengan izin) Public Private partnership (PPP) yang mana satu entiti Private Delivery Partner (PDP) ataupun konsortium yang dilantik oleh kerajaan untuk merancang, merekabentuk, perolehan kontrak dan pengawasan projek.

Jelasnya, PDP akan membantu kerajaan untuk mempercepatkan pelaksanaan projek itu dalam tempoh dan bajet yang ditetapkan oleh kerajaan.

Tambahnya dengan menggunakan kaedah berkenaan, risiko untuk pelaksanaan dan penyiapan projek akan ditanggung oleh PDP.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan