Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pembinaan kem tentera di Kudat diharap dapat disenaraikan dalam RMK-11

HADIR TAKLIMAT.... Rahim Bakri (tengah) bersalam dengan sebahagian anggota tentera sejurus tiba di padang majlis daerah untuk menghadiri majlis taklimat dan dialog keselamatan Esscom. - foto Sayangsabah
HADIR TAKLIMAT…. Rahim Bakri (tengah) bersalam dengan sebahagian anggota tentera sejurus tiba di padang majlis daerah untuk menghadiri majlis taklimat dan dialog keselamatan Esscom. – foto Sayangsabah

KUDAT – Kerajaan pusat diharapkan agar dapat menyenaraikan projek pembinaan kem tentera di Sikuati dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) sebagai pelengkap kepada sistem pertahanan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (Esscom).

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Rahim Bakri berkata, langkah menjaga keselamatan tidak seharusnya tertumpu kepada kawasan timur Sabah sahaja, sebaliknya Kudat juga perlu diberi perhatian kerana ia merupakan pangkalan hadapan di utara negeri ini.

“Sekiranya tidak diberi perhatian, kita khuatir ada pihak luar  yang mengambil peluang untuk menceroboh negeri ini melalui Kudat,” katanya pada media selepas menghadiri Majlis Taklimat Keselamatan dan Dialog Bersama Ketua Masyarakat di Pejabat Daerah Kudat di sini hari ini.

Beliau berkata, kertas cadangan berhubung kem tersebut telah dikemukan kepada kerajaan melalui Kementerian Pertahanan bagi dipertimbangkan dalam rancangan Malaysia akan datang.

“Unit Perancangan Kewangan (EPU) kini sedang menjalankan kajian terperinci mengenai jumlah peruntukan yang diperlukan untuk pembinaan tersebut dan kita berharap supaya ia dapat disenaraikan,” katanya lagi.

Menurutnya, pengwujudan kem yang menempatkan sekurang-kurangnya satu batalion anggota tentera itu, mampu memperkasakan sistem pertahanan di utara negeri ini.

Buat masa ini, hanya terdapat sebuah kem tentera di daerah yang beroperasi sebagai pusat logistik. Selain itu, beberapa buah pos kawalan tentera juga ditubuhkan di sekitar pulau kecil di sekitar daerah ini.

Mengenai majlis taklimat dan dialog tersebut, beliau berkata, program itu diadakan bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat setempat mengenai kepentingan menjaga keselamatan di kawasan Esszone khususnya di Kudat.

Esszone meliputi sepuluh daerah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Kinabatangan, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Tawau dan Semporna yang ditubuhkan sejak dua tahun lepas bagi menangani pencerobohan warga asing, jenayah rentas sempadan serta aktiviti penyeludupan.
– Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayang sabah

Komen


Berita Berkaitan